
Sulit
4 tahun
Anak berusia 2 tahun sukar berak
Anak saya berusia 2 tahun, sukar utk berak, dia meneran tapi tak keluar. Kadar berak seminggu sekali atau dua kali shj. Tahi akan keras dan panjang. Susu lembu, kambing, fresh milk, buah betik, buah naga semuanya dh bagi. Ubat cari tahi, ubat sembelit pun dh bagi. Anak jugak lasak dan aktif bermain dan jarang demam. Masalahnya sukar berak je.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anak anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anak anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kurang makan makanan yang mengandungi serat
- Penghadaman dan pencernaan makanan yang tidak sempurna
- Dehidrasi atau kekurangan air
- Jangkitan usus
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda dan ia juga boleh disebabkan oleh sebab yang kami tidak sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila hubungi atau berjumpa dengan doktor sekiranya anak anda mengalami masalah ini:
- Demam
- Mengadu sakit perut
- Najis berdarah
- Lemah
- Hilang selera makan dan minum
- Berat badan menurun mendadak
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.