
Sulit
4 tahun
Anak cirit birit berak sikit sikit warna kuning kehijauan..suda dua hari berrlanjutan
aslmkm doktor anak saya umur 5 tahun berapa hari ni berak kerap kali tapi sikit…saya suda bagi minum air garam tapi masi lagi…apa ubat nya doktor ar…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah anak anda cirit-birit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus/bakteria dalam perut
- Keracunan makanan
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Tidak toleransi kepada sesetengah makanan seperti susu, keju dan sebagainya.
- Terlalu banyak minum air
- Terlalu banyak makan serat
Air garam berfungsi untuk mengembalikan air yang hilang daripada badan anak anda apabila cirit-birit. Ia tidak merawat punca anak anda cirit-birit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh merujuk kepada doktor pakar kanak-kanak(paediatrician) atau doktor pakar kesihatan keluarga(family health specialist). Kami mempunyai panel pakar yang boleh anda berbincang dengan atas talian di sini (booking appointment). Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.