
Sulit
4 tahun
Anak dari kecil sampai 3tahun kerap muntah
Salam saya nak tanya normal ke kalau anak selalu sgt muntah…Dr baby die mmg sllu muntah ikot hidung elwpn dh sendawa…Dn smpi sekranag ank sye umur 3tahun…Kalo die bau busuk ciket die muntah,main kejar2 lari2 ngn kwn die pn die muntah,gurau2 die ketawa byk pn die akn muntah menangis kuat pn die akn muntah…Normal ke doc?or ank sye ade mslh penghadaman…Sllunye ape yg die mkn or minum smua akn keluar balik kalau die buat bnde2 kt atas ni…muntah ikot mulut dn hidung sekali…Hrp doc jwb soalan sye…Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan melibatkan insiden berterusan semenjak bayi, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar kanak-kanak yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat penilaian secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya yang dikhuatrikan dari peristiwa seperti itu adalah
- infant reflux
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan otot & saraf
- alahan susu
- gangguan metabolisma
- atau kelainan yang lain
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.