hazwani.s88.nh
4 tahun
Anak demam dan sentiasa Batuk
Anak Sy berumur 5 tahun,selalu batuk. Hari ini dia demam suhu tinggi 39-40c walaupun sudah makan ubat demam
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam yang anak anda alami beserta batuk, boleh disebabkan:
- Radang tekak - akibat jangkitan virus atau bakteria
- Jangkitan saluran udara/paru-paru - seperti tibi atau pneumonia
- Jika tidak pernah menerima vaksin, maka penyakit berkaitan demam campak juga boleh menunjukkan gejala yang serupa
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anak anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.