
fawziah7989
5 tahun
Anak demam malam dan pletelet rendah
Anak saya berusia 3 tahun 10 bulan. Anak saya mula demam dan keluar bintik2 merah pada badan. Saya bawa ke klinik dan doktor mengatakan anak saya alahan serta demam. Selepas 2 hari, bintik2 merah hilang tapi anak saya masih demam pada waktu malam. Selepas 2 hari, saya bawa lagi ke klinik dan doktor ambil darah. Bacaan darah putih adalah normal tapi bacaan pletelet anak saya rendah iaitu 157. Dan anak saya hanya demam pada waktu malam. Ujian denggi dibuat dan keputusannya negatif. Anak saya sebenarnya demam apa doktor? Apakah penyebab pletelet rendah dan hanya demam di waktu malam? Harap doktor dapat membantu saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.|
|Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam malam pada anak yang berlanjutan selama seminggu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Demam tifoid
- Demam denggi (serotype lain)
- Demam malaria
- Demam chikungunya
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.