Sulit
3 tahun
Anak demam setiap malam
Anak sy berusia 11 bulan lebih sekarang dia kerap demam pada waktu malam… Adakah itu bahaya?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh bayi anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Secara umum demam lazimnya dikaitkan dengan jangkitan kuman, samada ianya disebabkan virus, bakteria atau parasit. Selain itu, demam yang berulang juga boleh berpunca dari penyakit tubuh yang lebih serius sehingga memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut di hospital atau klinik. Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- gejala berterusan
- lemah lesu badan sehingga anak malas minum dan makan
- berak cair yang berterusan atau terdapat perubahan warna
- kerap menangis
- kejang tubuh
- muntah
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).