
Sulit
4 tahun
Anak kencing sikit sgt
Anak sy 6mnth +…slalu ny anak sy kencing bnyak kali dlm sehari tu cth dlm 4jam dah nak penuh pmpers nya…tp kadang² kencing dia sikit sgt…pmpers pakai dri jm 11 smpai 4ptg kencing sikit sgt n wrna kuning pekat…klw mlm pmpers pakai dri jm8 check pagi2 basah sikit je…bila dah bangun baru dia akan kencing bnyak2 tp kadang2 dah bangun pn tetap x kncing bnyak
yg sy perasan…stiap kali anak sy mngalami keadaan mcm ni dia mesti akan tiba2 menangis msa tidur…nangis berair mata pula nmpak mcm kesakitan…yaa smua org nangis ada air mata kan but sy dah hafal cara anak sy… Dia akan nangis dgn air mata klw dia kesakitan/takut…klw mnangis sblm tidur/trbangun memang xkan kluar air mata sbb dia buat2 nangis je
Dan 1 lagi…asal anak sy dlm keadaan mcm ni(kencing sikit)masa sy nak check pmpers,alat sulit dia akan mngeras mcm kembang² mcm nak kencing tp xkluar kencing…
Knapa ya anak sy mcm ni??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang bayi anda.
Untuk pengetahuan anda, kekerapan untuk bayi kencing adalah berbeza mengikut individu. Sekiranya anda telah mengetahui berapa kali kebiasaannya bayi anda kencing, dan sekarang ianya berkurang, ia boleh disebabkan oleh dehidrasi atau kekurangan air dalam badan bayi. Hal ini mungkin kerana kurang pengambilan susu atau masalah jangkitan kuman yang menyebabkan bayi kurang selera. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran yang panas.
Antara tanda tanda lain dehidrasi adalah:
- Bayi menangis tetapi tiada airmata keluar
- Bayi asyik dahaga
- Kekeringan pada bibir, mulut dan lidah
- Bernafas dengan lebih laju
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Bagi mengatasi masalah dehidrasi di rumah untuk masa sekarang, anda boleh cuba tingkatkan kekerapan penyusuan bayi anda. Mungkin anda boleh menyusu setiap satu ke dua jam.
Sekiranya masalah ini berpanjangan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.