
Sulit
3 tahun
Anak kerap berpeluh dari bayi sehingga setahun lebih
Hi ,saya baru mempunyai seorang anak. Berusia 1tahun seminggu. Anak saya kerap berpeluh di kepala. Kadang kadang singgah basah. Waktu nyusu dan tidur. Walaupun masa itu suhu bilik bagi saya dan suami dalam keadaan normal. Ada masanaya saya terpaksa pakai selimut utk tidur kerana sejuk. Tapi bahagian kepala anak saya basah berpeluh. Seperti keadaan bilik masa itu panas. Bagaimana ye ?
Dari segi berat badan dan saiz badan anak saya sedikit kecik. Bab makan dia sangat susah dan masih menyusu badan. Tidak minum susu formula. Saya pernah bertanya dengan kk utk jantung atau sebagainye. Mereka kata tiada apa apa masalah. Anak aktif seperti baby lain. Cuma kekerapan dia berpeluh. Buat saya risau. Ada apa apa yg boleh DR bantu. Atau nasihat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah bayi berpeluh di kepala semasa tidur dan ketika menyusu boleh disebabkan oleh beberapa faktor yang serius seperti:
- Masalah jantung kongenital
- Masalah paru-paru
Masalah lain yang boleh berlaku ialah:
- Cuaca dan keadaan sekeliling yang panas
- Hiperhidrosis (kuat berpeluh)
- Jangkitan bakteria atau virus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar kana-kanak untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.