
Sulit
4 tahun
Anak kerap kencing di waktu siang
Anak saya perempuan berumur 5 tahun… dan anak saya terlalu kerap buang air kecil waktu siang… 10minit ke 15 minit sekali dia akan pergi kencing…kenapa ya dengan anak saya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala kerap kencing yang dihadapi anak anda. Keadaan kencing dengan kerap ini boleh jadi merupakan salah satu daripada gejala-gejala penyakit seperti penyakit buah pinggang sehinggalah hanya meminum terlalu banyak air. Apabila kondisi ini disertai demam, tidak dapat menahan kencing serta berasa tidak selesa pada bahagian bawah perut, ia berkemungkinan besar merujuk kepada masalah jangkitan pada saluran kencing.
Punca - punca lain yang boleh menyebabkan kencing menjadi kerap termasuklah:
- Kencing manis
- Masalah psikologi
- Penyakit saraf
- Disfungsi pundi kencing
- Minum terlalu banyak
Kesemua ini boleh berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Maka, saya memerlukan maklumat lanjut bagi mengenalpasti punca maslaah yang anak anda hadapi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.