
aimidayana90
5 tahun
Anak kurang kencing & susu
Salam doktor.
Anak saya 9bulan. Dalam sebulan ni dia kurang kencing & kurang menyusu. Dulu kerap tukar pampers dia sekarang dia tido besok pagi bangun baru kencing sekali (rasa pampers masih ringan) susu pun kurang minum dlm 9 jam baru minum sekali. Kadang kadang tak habis susu dia. Saya takut dia dehydration bg air putih pun tak nak. Makan okay saja ikut mood dia . Tapi anak saya sgt aktif berpeluh peluh kalau main. Apa perlu saya buat. Saya sgt risau tgk keadaan dia tak mcm dulu lagi.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini sering dihadapi oleh kanak-kanak kecil.
Anda disarankan untuk melakukan langkah-langkah berikut bagi meningkatkan selera makan anak anda.
- menggalakkan anak anda makan sarapan pagi kerana sarapan pagi boleh meningkatkan metabolisma badan seterusnya menyebabkan anak anda lapar dan makan dengan banyak
- menjadi kreatif dalam penyediaan minuman seperti menggunakan cawan berwarna warni dan pelbagai bentuk
- mengajar penggunaan straw
- galakkan anak anda untuk makan buah-buahan keran terdapat air dalam buah-buahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.