
Sulit
4 tahun
Anak kurang menyusu selepas 6mth sebab da mula makan bubur dan sayur sayuran
hye…saya ibu kepade bayi 6bulan…anak saya dah mula makan…bubur sayur sayuran dan buah buahan yg dikisar halus…skg bila dia da makan dia kurang menyusu…susu formula…dan bile membuang air besar agak keras sedikit…mungkin sebab kurang minum air…ape yg perlu saya buat?sehari tk smpai 15oz…

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan ada mengenai masalah bayi anda yang kurang menyusu. Untuk pengetahuan anda, bayi 6 bulan lazimnya akan minum 3-4 kali atau sekali setiap 3-4 jam. Dan kebiasaanya, bayi akan merengek dan menangis sekiranya dia lapar.
Berbalik kepada soalan anda, jika anak anda membesar secara normal dengan nutrien yang mencukupi dan berat badan yang mrningkat, tiada sebarang masalah jika dia kurang menyusu. Kami juga memerlukan lebih maklumat tentang kondisi najis anak anda. Namun, teruskan menyusu walaupun kurang kepada anak anda. Jika dia enggan minum langsung, anda harus mendapatkan konsultasi doktor segera.
Setakat ini juga, tiada masalah tentang pemakanan anak anda di mana ini adalah perkembangan yang sangat bagus.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.