
Sulit
4 tahun
Anak kurang selera makan berusia 3tahun 5bulan
Anak saya berusia 3tahun 5bulan, Dia mempunyai selera makan yang kurang… boleh dikatakan picky eater… last month saya hantar check up weight dia agak kurang mmuaskan dan tidak sesuai dengan usia nya… dia 3tahun 5bulan timbang nya masih kekal 11kg dari bulan 12 tahun lepas… sebelum ini dia pernah dibedah kecil dibahagian kepala… disebabkan ketumbuhan bisul… doktor kata mungkin akan ada effect dri itu… apakah ia benar dan apa yang perlu saya lakukan doktor? mohon pencerahan… tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, anda boleh mencuba cara ini untuk menigkatkan selera makan anak anda:
- Elakkan daripada memberikan makanan sebelum waktu makan, perbanyakkan minum air antara waktu hidangan supaya mereka tidak kenyang sebelum waktu makan mereka
- Berikan makanan dalam kadar hidangan yang kecil
- Cipta jadual makan supaya mereka akan belajar bila waktu makan mereka
- Elakkan memberi makanan yang sama selama 2 hari
- Jarakkan antara waktu hidangan selama 3 jam
- letakkan makanan yang berkhasiat yang mereka suka sebagai sebahagian hidangan makanan mereka supaya mereka sentiasa mempunyai pilihan makanan lain
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.