
Sulit
5 tahun
Anak lelaki saya berumur 7 bulan. Semasa menukat diapers saya perasan ada satu tompokan darah pada diapers tersebut. Perlukah saya behumpa doktor dgn segera?
Saya telah memberikan anak saya solid food. Menu untuk minggu ini ialah bubur nasi bersama kentang dan brokoli. Adakah faktor pemakanan menyebabkan ada tompokan darah itu?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah tompokan / ruam pada punggung bayi boleh disebabkan oleh:
- Nappy rash (ruam popok)
- Dermatitis
- Ekzema
- Cacar air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.