
Sulit
4 tahun
Anak lelaki umur 10 tahun sakit tepi telinga
salam dr.ank saya umur 10 tahun
3 hari lepas sampai skg dia mengdu sakit tepi teling,xde bengkak atau merah tempat dia sakit hari nie anak saya demam…saya bg makan ubt demam ok pastu sakit dan demm balik…anak saya mmg ada resdong,punca ank saya tepi telinga tu sbb dari resdong ke ape.harap dr balas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Malangnya, saya tidak dapat untuk memberi jawapan yang anda kehendaki kerana maklumat lanjut diperlukan.
Namun begitu, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Tahi telinga mengeras
Masalah gigi atau gusi
Jangkitan pada telinga
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.