
aishahabusamah295
5 tahun
Anak masih demam dan mula cirit selepas ambil zithromax
Hello doktor. Anak saya mula demam 15hb nov. Tapi saya berikan paracetamol dan guna teknik jerlum. Anak masih aktif walaupun suhu badan 38.3. Berlanjutan sampai 20hb nov. Masih demam, tp aktif. Saya decide utk bawa ank ke hospital terus, wad kecemasan utk check darah sbb sume klinik x nk amik darah kanak2. Ye. Darah ade sedikit infection. Tak tinggi. Dlm report tu tulis dlm 17% je. Kuman apa pun tak tau la. Lalu dibekalkan zithromax, paracetamol dan rhinateol . Antibiotik tu utk 3 hari makan. Ank masih demam. Tp aktif. Kepala dia kalau malam je mst panas. Antiobitik dh hbs makan. Tp trus start cirit. Tak kerap. Sehari 2 kali. Pagi dan malam. Tp sgt cair… kuning cair. Sampai hrni, 26 nov, stool anak masih cair dan sgt busuk walhal antibotik dh hbs amik jumaat lepas.
What to do doktor? Ape silap kt sni? Kang kalau pegi lg hospital, dignose benda sama lagi. Antibiotik lg… result sama. Hurmmm…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis cair dan berbau anak anda adalah kesan biasa penggunaan ubat antibiotik serta ubat-ubat yang diberikan. Sekiranya anak anda masih aktif dan tidak mempunyai masalah lain, anda dinasihatkan untuk memastikan anak anda cukup makan dan minum. Sekiranya keadaan semakin berterusan dengan kondisi cirit-birit yang semakin kerap dan banyak serta kurang makan dan minum, maka anda boleh membawa anak anda ke hospital bagi mengelakkan kesan dehidrasi dari cirit-birit yang berterusan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.