
Sulit
3 tahun
Anak mata kerap mengeluarkan flash atau dot cahaya putih
saya seorang pelajar perempuan berumur 23 tahun. kebelakangan ini saya rasa mata sebelah kiri saya kerap keluar cahaya putih yang bulat kecil. adakah perkara ini memudaratkan kesihatan saya dan perlukah saya klinik secepat yang munkin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi pada mata kiri anda.
Flashes atau kilatan cahaya yang berlaku pada mata boleh berlaku akibat daripada pelbagai sebab. Antaranya adalah:
- kesan pengambilan ubat-ubatan
- pemisahan retina (retina detachment)
- migrain
- neoplasma
- penyakit sistem vaskular
Memandangkan kejadian ini berlaku dengan kerap, perkara ini mungkin menjadi petanda kepada keadaan yang lebih parah dan cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.