
bebsmon
5 tahun
Anak memgalami benjolan kepala
Anak Saya 2 yrs + mengalami benjolan 2 hari lepas… N develop selesema mlm selapas dia jatuh… Then fever tonight… Adakah bkaitan dgn jatuh n benjolan tsbut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, adalah normal untuk timbulnya benjolan selepas terjatuh kerana tisu yang tercedera akan membengkak. Berkaitan dengan demam yang anak anda hadapi pula, ia boleh disebabkan oleh virus selsema yang dialaminya. Ini adalah tindak balas normal tubuh badan manusia melawan jangkitan.
Sila rujuk anda kepada doktor bagi memeriksa benjolan di kepalanya agar tahap kecederaan anak anda dapat dipastikan dan demam dan selsemanya dapat dirawat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.