
Sulit
4 tahun
Anak mengalami Batuk, demam, rasa ingin muntah. Adakah petanda Covid-19?
Salam doktor. Anak saya berumur 3 thn. Kelmarin dia demam pada waktu malam shj. Tapi semaLam dah x lagi. Ada bayuk dan sedikit selesema. Hati ni demam kembali semula dan dia ada mengadu rasa ingin muntah. Tapi tidak muntah. Adakah ini tanda2 covid-19? Kami tiada contact dgn mn2 pesakit positif Covid-19.

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan anda. Seperti yang anda mungkin telah sedia maklum, antara gejala jangkitan COVID-19 adalah:
- Lemah badan (fatigue)
- Sakit tekak
- Batuk
- Sakit kepala
- Sesak nafas
- Demam
Sebelum mendapatkan ujian saringan, anda digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini DoctorOnCall Tanya
Sekiranya peru, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini