
Sulit
5 tahun
Anak menghadapi sembelit lebih dari sebulan. On off. Kadang kadang okay, tapi usually memang sembelit. Saya buntu saya dah bgai makan yang berkhasiat, air cukup
Anak saya lelaki berumur 2 tahun 9 bulan seberat 14kg. Dia sering sembelit walaupun sy sentiasa membrikan nya air setiap jam, sayur hijau dan buah. Sy juga sudah mmberikan laktul mengikut nasihat pharmacist 6ml setiap pagi. Dia tetap tak boleh buang air. Kadang2 sy terpaksa bagi ubat ikut dubur. Hal ini sudah berlanjutan selama sebulan lebihbesar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Memandangkan anda telah memastikan pemakanan anak anda penuh dengan serat dan memperbanyakkan air serta telah cuba mengambil ubat di farmasi tetapi masalah anda anda masih sama, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Hal ini kerana maklumat lanjut mengenai masalah anda harus diketahui. Untuk makluman anda, kanak-kanak secara normal membuang air besar sebanyak 3 kali sehari sehingga 3 kali seminggu sahaja. Berkemungkinan anak anda tidak mengalami sembelit dan ianya sememangnya normal bagi dia. Lebih-lebih lagi jika dia tidak merengek atau mengadu sakit perut, masih aktif serta membesar dengan baik.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.