
fuzirosli
4 tahun
Anak muntah ketika tidur waktu malam
Anak saya berumur 2 tahun. Anak saya sihat tidak demam, aktif seperti biasa di siang hari. Najis pun normal seperti biasa. Tetapi 2, 3 hari ni kerap terjadi muntah ketika tidur. Adakah disebabkan saya tukar susu formula? Adakah sy perlu tukar semula susu kpd asal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh bayi anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Secara umum gejala yang anak anda alami boleh disebabkan oleh
- komplikasi demam
- alahan makanan
- tertelan sesuatu yang membahayakan
- penyakit viral gastroentritis
- gangguan saluran pencernaan yang lain
Anda terlebih dahulu dinasihatkan untuk ke hospital atau klinik yang terdekat agar pemeriksaan yang lebih terperinci boleh dilakukan dan sila segera berjumpa doktor sekiranya anak anda mengalami:
- gejala bertambah parah
- lemah lesu badan sehingga anak malas minum dan makan
- terdapat perubahan warna dan sifat najis
- kejang tubuh
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).