
liezashaari86
3 tahun
Anak muntah waktu tidur
Anak saya berumur 3 tahun…masa tidur tiba2 muntah…berulang2…dia tidur balik lepas tu muntah balik…apa yang saya boleh lakukan??..terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum gejala yang anak anda alami boleh disebabkan oleh
- komplikasi demam
- alahan makanan
- tertelan sesuatu yang membahayakan
- penyakit viral gastroentritis
- gangguan saluran pencernaan yang lain
Anda terlebih dahulu dinasihatkan untuk ke hospital atau klinik yang terdekat agar pemeriksaan yang lebih terperinci boleh dilakukan dan sila segera berjumpa doktor sekiranya anak anda mengalami:
- gejala bertambah parah
- lemah lesu badan sehingga anak malas minum dan makan
- terdapat perubahan warna dan sifat najis
- kejang tubuh
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor