
Sulit
4 tahun
Anak perempuan berumur 6tahun kerap kencing
Anak saya kerap kencing di siang hari…tiap kali kencing sedikit saja yg keluar…tapi anak saya tidak mengadu sakit atau ape ape…cuma kadang2 dia cakap sakit perut…tu pun sikit2 je…saya bimbang dgn keadaan dia…bolehkah doktor beri sedikit nasihat & pandangan mengenai anak saya ini

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dehidrasi
- Kurang aliran darah ke buah pinggang
- Saluran kencing tersumbat
- Hemolytic uremic syndrome
- Glomerulonephritis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.