
Sulit
4 tahun
Anak Perempuan Sakit di bahagian ari-ari
Hi doktor. Anak perempuan saya berumur 11 tahun. First datang period pada umur 9 tahun. Masalahnya bermula pada tahun lepas, period anak saya kadang-kadang datang 2 kali sebulan. Dan dalam sebulan dua ni, dia mengadu sakit di bahagian ari-ari walau tidak datang period. Apakah agak-agak permasalahan anak saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan anak perempuan anda. Untuk makluman anda, masalah haid 2 kali dalam sebulan boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab yang tidak serius dan juga serius. Antara penyebabnya adalah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Manakala, sakit dibahagian ari-ari bermaksud rasa sakit di bahagian bawah abdomen, di bahagian bawah pusat dan di bahagian atas tulang kemaluan. Antara punca bagi sakit ari-ari adalah seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan buah pinggang
- Air kencing yang terkumpul dengan banyak dan tidak dapat dikeluarkan daripada badan kerana salur kencing tersumbat.
- Pendarahan dalaman
- masalah pada sistem reproduktif wanita
Walaubagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar permasalahan anak anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sekiranya gejala ini berlarutan dan nertambah buruk, anda dinasihatkan untuk membawanya berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan.
Jika anda ingin mengetahui kondisi kesihatan ini secara mendalam, anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau tentang masalah haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!