
Sulit
3 tahun
Anak positive covid19
Anak saya berumur 10 thn dan positive covid 19. Hari ini hari ke4 dari swap test. Pertanyaan saya adakah sp02 96bpm 123 suhu 36.8 ok bagi kanak2.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kadar oximeter yang normal adalah 95-100%. Kadar yang rendah daripada nilai normal perlu merujuk kepada doktor dengan segera.
Berikut merupakan rujukan untuk degupan jantung yang normal mengikut umur:
- 1-2 tahun: 80-130 bpm
- 3-4 tahun: 80-120 bpm
- 5-6 tahun: 75-115 bpm
- 7-9 tahun: 70-110 bpm.
Pastikan anda telah mengambil kadar degupan jantung anak anda untuk beberapa kali menggunakan pulse oximeter dengan betul bagi mendapatkan kepastian mengenai denyutan nadi anak anda.
Untuk bacaan suhu pula, bacaan suhu yang normal adalah antara 36.5 - 37.5 darjah selsius. Bacaan suhu anak puan termasuk dalam kategori normal.
Namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini