
Sulit
3 tahun
Anak sakit perut dan cirit birit dah seminggu
anak sya 7 tahun…x demam sihat…cume sakit perut dan cirit birit dah seminggu…
tp die still aktif dan ada selera makan…sebaik sje makan, dlm 10 minit die akn mengadu sakit perut and akn cirit birit tp die bukanlah cirit birit yg teruk…
dah berjumpa dktor doktor just bagi ubat prebiotik dan ubat sakit perut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit. Dua punca yang paling utama adalah keracunan makanan (food poisoning) dan radang perut dan usus (gastroenteritis). Keracunan makanan biasanya hanya menyebabkan cirit-birit untuk satu atau dua hari sahaja dan biasanya orang yang mengalami keracunan makanan tidak akan mengalami demam. Keracunan makanan disebabkan oleh toxin atau bahan kotor di dalam makanan.
Sebab lain seperti radang perut dan usus atau gastroenteritis juga satu kemungkinan. Kondisi ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau parasit. Jangkitan ini berpunca dari makanan dan minuman yang tercemar serta persekitaran yang kurang bersih. Pesakit akan mengalami gejala seperti cirit-birit, demam, loya, sakit perut dan keletihan. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dihidrasi atau kekurangan air dan ia boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat dengan betul.
Terdapat pelbagai punca lain yang boleh menyebabkan cirit birit seperti demam denggi, demam tifoid dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah lebih serius dan boleh mendatangkan maut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.