
Sulit
3 tahun
Anak sakit perut dan hilang selera utk makan, bila di paksa hanya sesuap dua sahaj yg ditelannya
Anak saya berumur 2 tahun. Bermula sakit perut pada 14 jun 2021 dalam pukul 7 dan bawanya ke hospital untuk rawatan. Setelah di rawat semuanya normal dan hanya di beri ubat buang najis, pain killer dan ubat angin. Pada malam tersebut anak saya hilang selera makan dan hanya minum sahaja tetapi muntah balik selepas minum. Pada ke esok kannya masih sama juga sehingga waktu petang saya bawanya ke klinik dan dan doktor memberi ubat cair kan najis dan sambung semula ubat sedia ada. Cuma dia tidak lagi muntah tetapi tiada selera utk makan. Pada hari berikutnya 16 jun 2021 saya bawanya semula ke hospital untk buat xray dan ambil darah. Result semua nya normal, cuma dokotr mengatakan kerobgkong nya gak merah mungkin juga selera makan berkurangan di sebabkan perkara tersebut. Malam saya masukkan ubat cecair di dalam punggung utk anak saya buang air besar. Selang beberaPa minit anak saya membuang air besar dengan banyak. Cuma anak saya masih mengadu sakit perut lagi.Makan pon kena paksa. Apa yang perlu saya lakukan dan bagaimana perkara yg perlu saya lakukan dalam membantu merawatnya.

3 tahun
Salam sejahtera dan terim akasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda berkenaan gejala sakit perut yang dialami oleh anak anda dan perkara yang boleh dilakukan untuk merawatnya. Kami akan cuba membantu anda dalam hal ini.
Umumnya gangguan sakit perut yang disertai gejala sembelit dan hilang selera makan boleh disebabkan oleh
- alahan makanan
- gangguan psikologi
Namun begitu gejala-gejala tersebut juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti
- jangkitan virus atau bakteria
- keracunan makanan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik disini untuk bercakap dengan Pakar Kanak-kanak.