Sulit
3 tahun
Anak sakit perut sebaik lepas makan
Hai doc…
Anak mulanya demam, hari ke 2 demam kebah. Tak amik apa ubat. Lepas tu datang pulak sakit perut. Tapi sakit itu jadi sebaik lepas makan. Kalau tak makan tak sakit. Saya dah amik ubat gastrik dan ubat sakit perut. Tapi masih lagi on off sakit. Anak saya 9 tahun
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh bayi anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Secara umum demam yang diiringi sakit perut berkemungkinan berpunca dari jangkitan kuman, samada ianya disebabkan virus, bakteria atau parasit. Namun tidak menutup kemungkinan yang lain seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan sehingga anak malas minum dan makan
- berak cair yang berterusan atau terdapat perubahan warna
- kerap menangis
- kejang tubuh
- muntah
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).