
Sulit
4 tahun
Anak saya 20 tahun mengalami sakit bengkak tonsil sejak seminggu lalu dan kini susah hendak menelan makan dan minuman
Bengkak tonsildah hampir seminggu tidak susut dan sekarang susah hendak menelan makan dan air

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda mempunyai keradangan dan pembengkakan tonsil, anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan mendapatkan ubat. Pada kebiasaannnya bengkak tonsil akan surut selepas memakan ubat. Anda tidak digalakkan untuk menyentuh atau berbuat apa-apa pada tonsil anda kerana ia boleh pecah dan membahayakan kesihatan anda sekiranya terdapat kuman yang memasuki saluran darah. . Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.