
sricandy25
5 tahun
Anak saya bermain tertumbuk mata
Anak saya tertumbuk mata adiknya berumur 8 tahun.Terdapat sedikit bengkak.Adakah boleh saya menitiskan ubat Neo Deca eye/ear drops sbg langkah pertama.thanks ya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat Neo Deca eye drop adalah merupakan sejenis ubat yang mengandungi antiseptik (membunuh kuman) dan steroid (anti-keradangan). Justeru, ubat ini biasanya digunakan pada kondisi berikut:
- Keradangan
- Alahan mata
- Jangkitan kuman
Antara kesan sampingan yang sering terkait dengan penggunaan ubat ini adalah:
- Katarak
- Glaucoma (yaitu apabila tekanan bola mata meningkat)
- Penipisan kornea (lapisan depan bola mata)
- Gangguan sistemik
Akibat daripada tumbukan itu, dikhuatiri terjadi blunt injury pada mata anak anda. Maka, adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor pakar mata agar dapat diberikan rawatan yang sesuai dengan segera.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.