
Anonymous
5 tahun
Anak saya dijangkiti batuk, kahak dan selsema
Anak saya harini hari ke 29 dah seminggu kena batuk selsema kahak. Hari selasa lepas dah bawa pergi Klinik dan doctor cuma suggest guna spray sterimar utk cair kan kahak. Tp masih sama malah batuk tambah makin kuat. Patut saya bawa pergi ke hospital ke?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca batuk berpanjangan:
• Jangkitan bakteria atau virus (batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus)
• Asthma
• Allergic Rhinitis
• Pneumonia
• Penyakit tibi
• COPD
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk melegakan batuk anda dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.