hanafiidris862730
4 tahun
Anak saya Kena gigit tebuan
Anak saya umur 1 tahun kena gigit tebuan perlu ke klinik ke
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kebanyakan kes gigitan tebuan tidak memerlukan anda mengunjungi doktor. Akan tetapi, pada sesetengah orang gigitan tebuan boleh menyebabkan bahaya. Hal ini terutamanya adalah kerana gigitan tersebut boleh menyebabkan alergi sehingga menimbulkan reaksi anafilaksis yang sangat merbahaya.
Antara gejala yang timbul yang boleh jadi petanda bahaya adalah:
- sesak nafas
- timbul keradangan dan kemerahan
- timbul gatal
- bengkak
- anak menangis tanpa henti
- anak kelihatan tidak selesa
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.