
Sulit
4 tahun
Anak saya umur 2 tahun, gigi dia kuning macam nak jadi caries
Hi doktor. Saya ada soalan, gigi anak saya (2 thn) nampak kuning coklat, macam nak rosam. Dia rajin nak berus gigi guna toothpaste. Haritu dah pegi jumpa dentist, tapi dentist macam relax je, tak buat apa pun. Macam mana ye doktor? Apa kami kena buat? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan gigi anak anda menjadi kuning seperti:
- Kesan sampingan daripada makanan dan minuman
- Kecederaan pada gigi
- Fluororsis
- Kesan sampingan antibiotik seperti tetracycline
- Akibat zat besi daripada supplemen multivitamin
- Masalah genetik
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.