
Sulit
3 tahun
Anak selseme dan demam sikit
selseme bermula semaam dan suhu naik 37.7, lepas buat sponging dia turun 37.2, perlu ke buat test covid.anak saya jaga ,jagkit selseme dari kakak.kakak tak demam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa gejala covid 19. Antaranya adalah:
Gejala yang sering:
- Demam
- Batuk
- Kelelahan
- Kehilangan deria bau dan rasa
Gejala yang tidak sering:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit sendi dan otot
- Cirit-birit
- Muncul ruam di kulit
- Mata menjadi merah dan pedih
Gejala yang serius:
- Kesukaran bernafas
- Tidak boleh bercakap atau bergerak
- Sakit dada
Menurut pernyataan anda di atas, anak anda mengalami demam yang biasa dan tidak perlu melakukan ujian covid 19. Namun, sekiranya anak anda mengalami gejala-gejala seperti yang saya nyatakan di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor