
Sulit
3 tahun
Anak sy berumur 12 tahun dia lambat sarapan lepas tu dia lemah dan mengigil dia ada gastric
Anak sy berumur 12 tahun telah lambat ambil sarapan,lepas tu dia lemah dan mnegigil. Adakah dia menghidap kecing manis? Sbelum ni dia ada gastric tapi baru harini dia lemah dan mengigil. Saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda menggigil tidak semestinya tanda seseorang itu menghidapi simptom kencing manis iaitu hypoglycaemia. Hypoglycaemia dalam kalangan bukan diabetik juga sangat jarang.
Simptom lain bagi diabetik dalam kanak-kanak adalah badan terlalu kurus, kencing yang kerap serta berat yang rendah walaupun selera besar pada waktu makan.
Namun begitu, ini bukan diagnosis tepat kerana tiada perincian simptom, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.