
Sulit
4 tahun
Anak tertelan mainan plastik (skru) besar lbih kurang 1inch
Anak saya berumur 1tahun 7bulan… Sy tertidur dan bila tersedar tengok anak tercekik bila saya cuba untuk cek tekak dengan suluh menggunakan lampu suluh saya nampak seperti ada mainan yang tersekat… Tapi bila saya cuba nak keluarkan anak lari… Saya sudah bawak anak ke hospital 4 jam selepas kejadian… Hasil xray tak nampak apa² tapi kemungkinan juga sebab mainan plastik jadi tidak nampak melalui xray… saya dah tunggu hingga 4 hari sehingga hari ini tapi masih tak keluar lagi… Adakah saya perlu anggap anak tak makan mainan tu atau pon apa yang perlu sy lakukan… Anak tak tau bercakap lagi… Mainan tu agak besar jadi sy jugak risau kalau tak boleh keluar…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, bendasing seperti mainan plastik boleh dilihat melalui pemeriksaan radiologi x-ray sekiranya tertelan. Jika pemeriksaan x-ray tidak menunjukkan sebarang kelainan, dan disahkan oleh doktor yang memeriksa, ini bermakna anak anda sihat dan anda tidak perlu risau tentang perkara ini.
Akan tetapi, jika anak anda mengalami sebarang gejala seperti sesak nafas, sukar makan kerana sukar menelan dan sering menangis, anda sebaiknya merujuk perkara ini dengan segera kepada doktor. Namun, jika tidak, sekali lagi, anda tidak perlu terlalu bimbang.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Untuk pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih