
Sulit
4 tahun
Anak tidak membuang air besar
Hi . Sy ingin bertanya . Hari ni hari ke 71 anak sy . Dan hari ni hari ke3 dia tidak berak . Adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, untuk sebahagian besar bayi berusia lebih 1 bulan yang fully breasfeed , tidak berak selama beberapa hari itu adalah normal. Hal ini kerana, susu ibu mempunyai keseimbangan pemakanan yang sempurna untuk bayi anda, sehinggakan sisa susu yang menjadi najis adalah sangat sedikit. Yang penting adalah untuk anda perhatikan apakah terdapat tanda-tanda sembelit seperti:
- menangis
- hilang selera makan (minum susu)
- muntah
- kembung
- harus meneran
- kotoran cair atau keras
Bagu sesetengah bayi lain yang mana tidak buang air besar lama, terdapat masalah kesihatan yang mungkin terjadi berupa:
- Hirschsprung disease akibat kehilangan sel saraf di usus
- Volvulus - yaitu apabila bahagian usus terbelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.