
Sulit
4 tahun
Anak tidak menyusu formula
Hi, saya Julaiha soalan ini berkaitan anak saya Raiqa berumur 2 tahun 3 bulan.
Hari ini ialah hari ke 4 anak saya berhenti menyusu badan, berhenti sendiri secara tiba2 dan tidak lagi mahu menyusu apa yg merisaukan saya sejak dari bayi anak menolak sebarang susu formula baik mengunakan botol atau cawan, anak saya juga picky eater…ada kah vitamin yang bole mangantikan susu formula atau sebarang cadangan susu/makanan untuk mengekalkan nutrisi yang cukup untuk anak saya…saya risau berat badan terjejas. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Umumnya kanak-kanak di peringkat toddler (umur 1-4 tahun) lazimnya mempunyai perubahan dalam membentuk peribadi masing-masing. Justeru ibu bapa perlu lebih cekap dalam mengenali kemahuan dan minat mereka menerusi peringkat usia ini. Secara teori, tumbesaran toddler tidak sederas ketika di peringkat bayi, justeru kadar pemakanannya berkemungkinan tidak sekerap dahulu. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kondisi yang boleh mengganggu selera makan si bayi yang perlu ditanggani bagi memastikan bayi anda kekal sihat dan membesar dengan baik. Antaranya termasuk:
- Kanak-kanak masih belum dapat menyesuaikan dengan perubahan pola dan konsistensi pemakanan
- Bosan dengan makanan yang sama atau makanan yang tidak disukainya
Atau ia juga boleh menandakan
- Kondisi pertumbuhan gigi yang lebih deras
- Tanda-tanda gangguan saluran pencernaan
- Kelainan tubuh yang lain memerlukan perhatian si ibu dan doktor pakar
Justeru itu, anda disarankan untuk meneruskan sesi temu janji dengan doktor pakar anda bagi mendapatkan nasihat yang lebih terfokus dan berkesinambungan terhadap pembesaran anak anda. Segera berjumpa doktor sekiranya gejala tersebut bertambah sering atau parah
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.