Anonymous
5 tahun
Anak umur 3 tahun tidak pandai tidur dan Sukar tidur
Anak saya perempuan berumur 3 tahun 2 bulan. Beliau senang bangun atau senang terjaga dari tidur tetapi Masalahnya dia sukar untuk tidur. Dan tak pernah tidur dengan sendirinya. Saya susukan, tepuk dodoikan pun tidak tidur. Ambil masa yang lama 2 hingga 4 jam untuk tidurkan dia. Jika dibiarkan dia akan buat perkara-perkara yang boleh membahayakan dirinya seperti menelan objek, memasukkan tisu atau objek ke dalam hidungnya. Masukkan pensil ke telinga atau cucuk matanya. Kutip sisa di lantai yang difikirkannya boleh dimakan. Beliau tak suka ikat rambut. Jika rambutnya diikat dia akan buang getah rambut tersebut dan sorokkan. Tetapi masalah utama adalah dia tidak pandai tidur sendiri. Kenapa ye?..
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) dengan doktor.
Untuk makluman anda, kanak-kanak yang sedang membesar biasanya mempunyai pola tidur yang pelbagai dan sukar dijangka. Kanak-kanak yang sedang membesar juga biasanya akan lebih gemar bermain dan dalam proses mempelajari pelbagai perkara.
Kadang kala faktor makanan seperti terlalu banyak makanan manis dan bergula juga boleh membuatkan kanak-kanak lebih aktif dan sukar tidur.
Anda boleh cuba menyusub jadual hariannya serta mengawal kuantiti makanan bergula yang diambilnya.
Jika anda masih gusar dengan keadaan anak anda, sila rujuk anak anda dengan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.





























