
nabilaqs
5 tahun
Anak umur tiga tahun sembelit teruk
hye doctor…anak saya umur 3 tahun mengalami masalah sembeliy yang sangat teruk…sampai 10 hari baru sekali dia berak…masalahnya dia memang tak nak makan sayur dan buah langsung…adakah bahaya jika saya kerap menggunakan ubat bontot (air sabun) yang dibeli di farmasi? ada kesan sampingan tak kalau kerap gunakannya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, penggunaan sebarang ubat dalam tempoh yang panjang adalah tidak disarankan. Tabiat pemakanan anak puan sememangnya menyumbang kepada masalah sembelit tersebut. Masalah sembelit yang tidak dirawat, boleh menyebabkan masalah lain kepada kanak-kanak seperti buasir.
Oleh itu, puan disarankan untuk merujuk anak puan kepada doktor agar nasihat lanjut tentang masalah anak puan ini dapat diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!