Sulit
3 tahun
Anggota badan anak sering bergerak sendiri ketika tidur
Assalammualaikum doktor. Anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Ketika dia tidur, saya sering perasan anggota badannya bergerak sendiri macam kaki dan tangan.Tersentak-sentak macam ada arus elektrik. Soalan saya, adakah ianya normal atau bahaya bagi kesihatan anak? Anak juga kurang selera makan dan lebih gemar makanan orang dewasa. Apa yang perlu saya buat untuk tambah selera anak makan? Beratnya baru 8.5kg. Terima Kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anak anda.
Untuk pengetahuan anda, situasi yang anak anda alami dipanggil sebagai sleep myoclonus. Situasi ini sangat biasa bukan sahaj dalam kalangan kanak kanak malahan dalam kalangan orang dewasa juga. Otot otot badan melakukan kontraksi secara tiba tiba ketika tidur.
Keadaan ini biasanya tidaklah membimbangkan dan penyebab utama ia berlaku adalah tidak diketahui. Namun, terdapat beberapa sebab yang biasanya menjadi punca kepada kanak kanak iaitu:
- Masalah tidur (sleep disorder)
- Pediatric periodic limb movement disorder atau gangguan pergerakan anggota badan ketika tidur yang menyebabkan otot kontraksi
- Rhythmic movement disorder
- Epilepsi atau sawan
Setiap penyakit diatas memerlukan ujian dan pendekatan berbeza. Oleh itu sekiranya anda masih risau tentang masalah anak anda, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Bagi pemakanan anak, saya mengesyorkan anda untuk melakukan beberapa cadangan dibawah:
- Mempelbagaikan hidangan atau menu
- Mengolah menu yang disukai anak anda
- Motivate anak anda dengan betul
- Banyakkan aktiviti fizikal bersama anak
- Hias makanan dengan kreatif
- Makan bersama sama anak
- Biarkan anak makan bersepah
- Jadikan makan satu aktiviti
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.