
Sulit
4 tahun
Angin dn masalh hipertiroid
Masalh angin dlm bdn ada kaitan ka dgn hipertiroid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, hipertiroid boleh menyebabkan masalah dalam sistem penghadaman anda. Antara masalah ini ialah:
- Angin
- Cirit-birit
- Pedih hulu hati
- Mual dan muntah
Untuk menangani masalah ini, puncanya harus ditangani iaitu hipertiroid anda. Anda harus makan ubat anda dan sentiasa ke temu janji doktor. Selain itu, anda harus melakukan senaman supaya perut dan usus anda giat bergerak untuk mengelakkan masalah angin. Anda juga boleh melawat seorang pakar pemakanan untuk merancang dan memberi maklumat tentang jenis makanan yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini. Mereka lebih arif dalam bidang ini dan nasihat mereka sangat bemanfaat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !