
Anonymous
5 tahun
Ank umur 1y2m mengalami batuk dan selsema yg agak lama dan kerap. Dia mempunyai g6pd
Ada doc sarankan susu soya utk sementara ketika dia mengalami cirit birit suatu masa dulu. Dan sekarang ada jgk yang sarankan utk mengambik semula susu soya kerana susu formula haiwan tidak sesuai dan blh menyebabkan lg serius. Sy skrg dlm dilema memandangkan ank sy ada g6pd…boleh ke sy tukarkan susu bayi sy kpd susu soya? Tq…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Unutk pengetahuan anda, susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi sehingga berusia 2 tahun kerana ia dalam bentuk paling mudah dicerna dan memberi antibodi passive kepada bayi.
Susu formula berasaskan haiwan lazimnya diperkayakan dengan colostrum dan pelbagai lagi tambahan tetapi dalam bentuk yang sukar dicerna kerana struktur kimianya dalam bentuk casein yang lebih kompleks.
Apakah maksud puan mengenai susu soya; adakah ia susu soya sebenar atau susu formula berasaskan soya?
Kemungkinan anak puan mempunyai lactose intolerance yang menyebabkan doktor tersebut menyarankan susu berasaskan soya yang lebih mudah dihadam.
Untuk menyelesaikan punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.