
Sulit
3 tahun
Anxiety attack atau panic attack atau acid perut?
Dah dua bulan xbwk moto(ketakutan) tadi sekali saya bwk sikit je xjauh pun dah terasa nafas laju susah nak nafas.masa nak letak moto td rasa mcm jantung laju. duduk kejap pastu berpeluh kt kepala.adakah saya panic attack atau anxiety attack? ke gas dlm perut naik ke dada? sebab td saya sapu minyak angin kt dada sendawa bnyk kali.tapi perut ok xsakit selesa je.sebab sebelum ni saya suka xmakan n keluar rumah dlm keadaan stres.pernah bnyk kali saya atas moto xcukup nafas sampai asid perut naik ke mulut.lidah jadi melecet.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah ketakutan sehingga menyebabkan gejala nafas laju, jantung berdebar dan berpeluh di kepala semasa membawa motosikal. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti yang anda sebutkan lazimnya boleh berlaku atas beberapa penjelasan, termasuk:
- gementar atau ketakutan biasa setelah lama tidak menunggang motosikal
- gangguan perasaan
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, seperti:
- GERD
- Serangan panik
- Masalah kegelisahan atau keresahan
Justeru, anda digalakkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.