
Sulit
4 tahun
Anxiety - cara menghilangkan rasa keresahan & ketakutan yg melampau
Saya wanita berumur 40th. Sejak mula nye pkp saya mula rasa keresahan & ketakutan yg amat sgt. Mungkin saya ada demam & batuk wakti itu. Tatapi sampai sekarang sy masih lagi keresahan & ketakutan amat sgt bila membaca @ mendengar berita mengenai covid 19. Sehingga tdk lalu makan & tidur. Bagaimankah cara utk mengatasi perasaan & ketakutan ini. Sy harap doctor bleh bagi pandangan. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Setiap orang pastinya akan berfikir dan risau akan masalah kesihatan terutamanya kini kita dilanda COVID-19. Namun, ia menjadi satu masalah jika keresahan menganggu pemikiran seseorang dalam jangka masa panjang. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Adrenalin “rush” dari aktiviti fizikal
- Kurang darah merah
- Asma
- Penyakit tiroid
- Penyakit keresahan (“Anxiety Disorder”)
Masalah “Anxiety Disorder” adalah penyakit yang memerlukan penilaian khusus oleh pakar psikiatri kerana rawatannya juga adalah khusus serta berasaskan individu. Sekiranya anda berasa perkara ini berlanjutan serta mengganggu hidup anda, anda boleh berjumpa dengan kaunselor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap secara privasi. Terima kasih.