
Sulit
5 tahun
Anxiety,Depression serta Kemurungan
Hi doc…Sy pelajar sek men.Sek sy pernah membuat soalan yg berkaitan dgn penyakit anxiety,depression serta kemurungan dan ianya teruk…Sy juga seorg yg jrg berckp tntng mslh yg sy hadapi kpd org atas faktor tertentu…Sy ingin tahu adakah penyakit ini berbahaya?
mcmmne utk sy cegah…? Bagaimana sekiranya mkin truk? Serta apakah simptom² yg kerap berlaku…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapatlah kemungkinan anda mempunyai penyakit kemurungan atau gubrah. Anda tidak perlu berasa malu dengan gejala anda kerana masalah psikiatri ini telah diberi kepentingan dalam dunia perubatan sekarang. Terdapatlah klinik psikiatri dalam setiap hospital, doktor-doktor akan memahami kesukaran anda dan memberi nasihat atau rawatan yang paling sesuai.
Kesulitan anda akan dijaga di hospital dan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut sebelum anda mencederakan diri sendiri. Jika anda berasa gelisah untuk dalam klinik, anda boleh cuba klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat di mana-mana tempat yang anda rasa selesa. Privasi anda akan dijaga dengan teliti.