
Sulit
5 tahun
Anxiety disorder dan panic attack
Saya mempunyai penyakit anxiety disorder dan panic attack,2 3 hari ini saya kerap sakit dada dan sukar bernafas ditengah malam walaupun saya tidak stress ataupun sedih,saya juga kerap bermimpi buruk…bagaimanakah cara untuk mengurangkan gejala tersebut? Harap doktor dapat membantu❤

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Adrenalin “rush” dari aktiviti fizikal
- Kurang darah merah
- Asma
- Penyakit tiroid
- Penyakit keresahan (“Anxiety Disorder”)
Masalah “Anxiety Disorder” adalah penyakit yang memerlukan penilaian khusus oleh pakar psikiatri kerana rawatannya juga adalah khusus serta berasaskan individu. Sekiranya anda berasa perkara ini berlanjutan serta mengganggu hidup anda, anda boleh berjumpa dengan kaunselor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap secara privasi. Terima kasih.