
Sulit
5 tahun
Anxiety disorders & cara tangani situasi sekarang
Apakah cara bg seseorang yg mempunyai anxiety disorder untuk tangani situasi sekarang agar tenang & tidak membuat diri berasa panik? Sbg seorang yg mempunyai G.A.D ianya bukan mudah untuk mengawal diri agar tenang. Bahkan jika ada sedikit perubahan kpd diri sy juga sprti sakit dada sudah cukup membuatkan sy panic attack & adakalanya perkara ini juga menganggu tidur sy. Tambahan pula baru-baru ini sy sakit dada & kdg2 batuk. Ketika mkn jg sy merasa sakit dada & sperti sesak nafas hingga membuatkan sy takut dan berhenti makan. Adakah ini simptom? Tetapi tidak demam/selesema. Hanya kdg2 sakit kepala. Sy juga pernah mempunyai gerd. Apakah perlu yg sy lakukan atau adakah senaman tertentu yg boleh buat sy berasa lebih baik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Perkara ini dapat dibantu dengan pertolongan doktor professional beserta kaunsellor/ahli psikologi. Khidmat kesihatan mental di Malaysia adalah percuma dan anda amat digalakkan untuk merujuk segera kepada mereka.
Anda boleh melayari laman web ini http://www.myhealth.gov.my/ ataupun laman web ini https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30269?language=my bagi melihat pilihan perkhidmatan yang disediakan dan orang yang anda hubungi. Sekian.