
Sulit
5 tahun
Anxiety or Panic Attack
Saya lelaki berumur 28 tahun, saya tidak pernah mengalami anxiety atau panik attack sebelum ini, tetapi sekarang kerap terjadi apabila kes covid 19 semakin berleluasa.
Buat pertama kali jantung laju pada 12/3. Dan sehingga sekarang cuma on off sahaja jantung laju dan juga pernafasan kurang puas.
Semasa tempoh PKP saya tidak pernah keluar kemana2 dan hanya duduk dirumah sahaja. Saya tidak pernah contact dgn mana2 orang yg mengalami gejala Covid-19. Sekarang ini saya kerap anxiety dan ada faktor2 yg boleh triggered saya dan membuatkan saya sempit untuk bernafas dan susah untuk tidur, temperature badan kadang berubah, sekejap panas sehingga 37.2C sekejap normal, dan denyutan jantung yang laju secara tiba2. Bila berada di keadaan yang sejuk, temperature badan naik, bila berada tempat yang suam, badan berpeluh.
Buat masa sekarang saya mengamalkan makan vitamin c, fish oil, magnesium dan juga multivitamin+mineral dan kesemuanya saya menggunakan produk dari blackmores.
Adakah ini mild symptom yang saya ni terkena covid-19 ataupun sekadar panic atau anxiety ? apa yang perlu saya lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Namun begitu, untuk pengetahuan anda, konsultasi dengan pihak kami adalah sangat terhad. Berdasarkan keterangan yang anda berikan di atas adalah tidak mencukupi untuk saya membuat kesimpulan mengenai punca kepada gejala anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Akan tetapi, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini