
strike00lucky
5 tahun
Anxiety secara tiba2
salam doktor… saya ingin bertanya tentang masalah sy… sy mula2 rase berdebar secara tiba2 selepas berjogging dan masa tu rase panic yg teruk sgt… selepas itu, rase tu muncul bila sy sedang berjoging pd hari lain… xsampai seminggu selepas tu, anxiety muncul blik dan sy pergi ke kecemasan utk check… malangnye selepas membuat ecg dan blood pressure keputusan normal sedangkan masa tu jantung still bdebar2… sy da buat ujian ecg 2 kali, keputusan tetap normal… sy pelik ngan masalah nie… bley dptkn pndapat doktor?..

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda penghidap anxiety biasanya lebih mudah stress atau lebih mudah gemuruh apabila berhadapan dengan sesuatu perkara atau situasi seperti peperiksaan.
Gejala yang anda jelaskan adalah salah satu ciri anxiety, dimana apabila anda merasa tertekan dan gemuruh, tubuh anda bertindak dengan memberikan signal kepada otak lalu berlaku gejala seperti menggigil dan berpeluh.
Saya sarankan agar anda mendapatkan bantuan seperti berjumpa dengan doktor agar masalah anxiety anda boleh dirawat. Cuba elakkan dari terlalu stress dan berfikiran negatif.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih