
Sulit
4 tahun
Anxiety tolong bantu saye
Doktor saya lelaki 17 tahun saya mengalami anxiety dan saya asyik berfikir tetang kematian…lepas itu saya sering fikir tentang kanser usus…selapas itu perut saye kerap mengalami sakit perut…adakah itu di sebabkan pemikiran saye…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anxiety merupakan kondisi mental yang mana seseorang akan mengalami gejala seperti:
- Terlalu rimas
- Ketakutan
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Perasaan tercekik
- Sakit dada
- Sakit perut
- Loya
- Menggigil
- Perasaan hampir mati
Cara untuk mengatasi yang paling berkesan adalah untuk berjumpa dengan seseorang doktor pakar psikiatri. Doktor pakar ini akan mengajar teknik-teknik pernafasan atau manuver untuk mengurangkan gejala yang dialami. Sekiranya kondisi ini terlalu teruk, doktor pakar akan memberi ubatan untuk mengawal kondisi tersebut.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.